Bila kita buat kerja dengan bersungguh2


Nampak tak komen Eyriqazz di entry ini, ni yang buat saya rasa makin terharu ni tapi dalam masa yang sama rasa gembira.. (^_^) Kata2 Eyriqazz yang buat saya terharu or gembira adalah "Kak Amiza cakap memang puas hati collaborate dengan ina.. Entri bagus, high return".. Alahaiiiii sob sob rasa nak nangis sebab terharu... Sungguh saya tak sangka yang Kak Amiza gtau camtu kat Eyriqazz.. Eyriqazz ni yang cadangkan nama saya dekat Kak Amiza.. So, kira macam Eyriqazz ni "boss" saya & Kak Amiza client.. Dah macam client report reputasi anak buah dekat boss la kan.. hihi 

Ketika saya buat entry berkaitan EPHYRA, saya bukan pikir pasal ianya berbayar tapi saya cerita dengan penuh ikhlas.. apa yang saya sendiri saya.. Bila ianya bagi kesan positif, pasti yang kita cerita pun positifkan.. Saya bersyukur sangat sebab Kak Amiza suka dengan entry2 review saya berkaitan EPHYRA selama ni.. Mereka2 yang lain yang saya dah review, maksud saya review berbayar la kan.. dorang pun bagi respon yang positif.. Ohya, jangan ingat saya hanya promote kaw kaw untuk entry berbayar je tau.. Entry yang tak berbayar macam entry sponsor2 Mega Giveaway saya selama ni pun, dorang bagi komen positif... Alhamdulillah kata2 mereka semua buat saya rasa makin positif & makin bersemangat untuk terus aktif dengan blog @ buat duit dengan blog.. (",)

Nak cite sikit dekat u all, masa saya mula2 nak aktif dengan review berbayar, ada tu saya just ambik barang je tau.. tak bayar duit pun, kiranya just review barang yang mereka bagi saya lah kan.. Lepas tu saya mula plak dengan bayaran rendah2 je u all, rm10 pun ada.. time ni baru2 nak test skill review la kata orang.. Alhamdulillah yang saya hanya ambik bayaran RM10 tu, entry saya ada di page 1 google & Alhamdulillah jugak dia dapat pulangan yang lebih dari entry saya tu... Itu masa mula2 la u all.. Tapi sekarang dah lama sikit.. UV saya pun makin naik...Bermula dari rm10 masa mula2 dulu, sekarang ni dah boleh dapat RM 3 angka untuk 1 entry.. Alhamdulillah sangat2.. kiranya, saya nak bagitahu u all, dalam bab review ni, saya pun bermula dari bawah.. Takdalah, mentang2 orang lain 3 angka 1 entry, saya yang baru nak mula pun, terus mintak bayaran 3 angka jugak 1 entry.. (",) 

Kesimpulannya, inilah hasil yang kita dapat bila kita buat kerja dengan ikhlas & bersungguh2.. Ohya, jangan kata saya riak or takbur plak tau.. Mintak selisih sifat2 tu dari diri saya & kita semua.. tujuan saya cuma nak bagitahu u all, bila kita buat sesuatu kerja dengan bersungguh2 tanpa merungut pasti kita akan dapat hasil yang terbaik.. Pahala dah tentu2 dah.. Lastly, Alhamdulillah dengan rezeki yang saya dapat sekarang walaupun tak sehebat orang lain di dunia blog ni tapi sedikit sebanyak saya mampu mendaki jugak di dunia blogger ni walaupun baru menapak setapak dua dari tapak kaki gunung.. hihii 


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 25 comments.. read them below or add one }

lizz lizz February 26, 2014
Dengan hasil kerja keras ina sekarang dah nampak hasilnyer..tahniah
ooo hari tu tak silap saya nak ina bagi tip mcm mana nak dapatkan entry berbayar n tip handle giveaway...
emarieys emarieys February 26, 2014
Alhamdulillah...melimpah ruah rezeki ina dan anak-anak... cantik rumah baru ni.
msredcheesecake msredcheesecake February 26, 2014
kalau kita kerja keras ikhlas plak tu, Allah akan mudahkan kan? good luck in whatever you do...
ayunidati ayunidati February 26, 2014
Singgah sini.... untuk hari ni...
Fiza Rahman Fiza Rahman February 26, 2014
Alhamdulillah...bestnya klo dapat peluang macam ina nih.
Dunia Zumal Dunia Zumal February 26, 2014
Sejujurnya zumal katakan memang blog ini terbaiklah :D
Maria Firdz Maria Firdz February 26, 2014
Alhamdulillah.. Tahniah kak... Teruskan usaha utk mencapai impian mu di dunia dan akhirat... :-)
Tie HT Tie HT February 26, 2014
Alhamdulillah seronok baca entry ni, tumpang hepi sekali, murah rezeki anak2 :)
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ February 26, 2014
salam k.ina..

alhamdulillah...seronok baca..
semoga peluang akak menajana pendapatan sampingan di arena blogging semakin meluas..
Delimasari Delimasari February 26, 2014
tahniah Ina.
Akak tidak ketinggalan baca blog ni.
aziazib aziazib February 26, 2014
tahniah ina... semoga terus suksess
JunAina JunAina February 26, 2014
Tahniah Ina... Pelan2 bina kerjaya, duduk rumah pun boleh dapat duit...sendiri jadi bos!
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI February 26, 2014
org ska pndpt yg jujur dan yui mmg 100% rasa kak jujur utk review..

dari penulisan pun dah leh agak.hihi
Nora Karim Nora Karim February 26, 2014
orang2 rajin macam ina mmg patut dapat ganjaran yang lebih... hehehe tahniah ina!
Mimie Mimie February 26, 2014
Alhamdulillah rezeki kan kak ina..xsiapa yg tau
Unknown Unknown February 27, 2014
syukur Alhamdulilah kak.. ni namanya rezeki akak berbelog utk tambah pendapatan keluarga yang makin mebesar.. Alhamdulillah kan..
Unknown Unknown February 27, 2014
betul3..kena buat sesuatu bersungguh sungguh,* pesanan utk diri sendiri yg selalu malas..hehe*
Mimie Mimie February 28, 2014
usaha tangga kejayaan kan ka ina...sy nih pun masih byk benda nak belajar lagi..
Mimie Mimie February 28, 2014
cubit2 manja british council
Unknown Unknown February 28, 2014
alhamdulillah.. deqla pun suka baca entri2 ina.. hee..
Nadia Johari Nadia Johari March 01, 2014
alhamdulillah kak..saya pun kalau boleh nak jadi seperti akk dan blogegr lain..
ayut ayut March 02, 2014
Alhamdulillah. ..rezeki bt kak ina sekeluarga. . :)
lynndamya lynndamya March 03, 2014
Akak ! saya suka !!!! bukan senang bloggers nak cerita 'tangga' kejayaan diorang tau, yg selalu sy bace dan nampak, cumalah hasil...so xramai yg reti nak ikut jejak langkah, mcm akak ckp, igt mula2 start dah letak harga mahal, rupanya akak pun mula dari bawah..terima kasih sbb beri tips kak..sy sndiri sbg readers blog akak, rse mcm senang baca entry akak..xtau kenapa...entry akak mmg panjang2 gila lah, tp sy boleh je baca scroll sampai habis..ayat2 akak hebat sgt kot~ hahah :D

all the best kak !